Month: Januari 2020

Bangku Persahabatan

Di negara Zimbabwe, Afrika, trauma akibat peperangan dan kadar pengangguran yang tinggi telah menyebabkan orang berasa putus asa—sehingga mereka menemukan harapan daripada “bangku persahabatan”. Orang yang putus harapan akan pergi ke situ untuk bercakap dengan “nenek-nenek” terlatih, iaitu wanita-wanita lanjut umur yang telah diajar untuk mendengar luahan orang yang bergelut dengan kemurungan, yang dikenali dalam bahasa Shona di negara itu sebagai kufungisisa, atau bermaksud “terlalu banyak berfikir”.

Pimpin Anak-anak kepada Tuhan

Seorang ateis yang bersifat terus-terang percaya bahawa ibu bapa yang mengajarkan agama kepada anak-anak mereka seolah-olah yang diajarkan itu adalah benar sememangnya satu tindakan yang tidak bermoral. Dia juga berkata bahawa ibu bapa yang menurunkan iman mereka kepada anak-anak mereka adalah perbuatan mendera kanak-kanak. Walaupun pandangan ini keterlaluan, saya pernah mendengar tentang ibu bapa yang keberatan untuk menggalakkan anak-anak mereka percaya kepada Yesus. Sementara kebanyakan kita bersedia untuk mempengaruhi anak-anak kita mengenai politik, pemakanan atau sukan menurut pandangan kita, tetapi bukan hal iman.

Misteri Terbesar

Sebelum saya percaya kepada Yesus, saya telah mendengar Injil dikhutbahkan tetapi saya terkeliru tentang identiti-Nya. Bagaimanakah Dia dapat memberi pengampunan ke atas semua dosa saya sedangkan hanya Tuhan yang mampu mengampunkan dosa? Saya mendapati bahawa bukan saya seorang sahaja yang mengalami masalah sedemikian apabila saya membaca buku penulisan J. I. Packer, Knowing God (Mengenal Tuhan). Packer berkata, “Pengakuan orang Kristian yang paling menggoncangkan dan sukar diterima adalah Yesus dari Nasaret adalah Tuhan yang telah menjadi manusia ... Yesus ialah Tuhan sepenuhnya dan manusia sepenuhnya.” Namun inilah kebenaran tentang penyelamatan Tuhan.

Kasih yang Selalu Wujud

Kadangkala apabila anjing Labrador saya, Max mahukan perhatian, anjing ini akan menggigit sesuatu daripada milik saya dan menunjukkan benda itu di hadapan saya. Pada suatu pagi sewaktu saya menulis di meja dan duduk membelakangi Max, anjing ini meragut dompet dari saku belakang dan lari. Tetapi apabila Max menyedari bahawa saya tidak melihat perbuatannya itu, anjing ini kembali dan menyinggung saya dengan hidungnya—dompet di mulut, mata yang bersinar-sinar, ekor bergoyang dengan mengingini saya untuk bermain.

Menunggu dengan Penyu

Pada setiap musim luruh ketika musim sejuk menjelang, penyu berwarna akan menyelam ke dasar kolam dan membenamkan dirinya dalam kotoran dan lumpur. Penyu masuk ke dalam cangkerangnya dan berdiam diri: jantungnya berdenyut sangat perlahan seakan-akan berhenti. Suhu badannya menurun ke tahap hampir suhu beku, kemudian berhenti bernafas dan menunggu. Selama 6 bulan, penyu tetap berada di dalam pasir dan tubuhnya menghasilkan kalsium daripada tulangnya ke dalam aliran darahnya supaya penyu akan kehilangan bentuknya secara perlahan-lahan.